Need Money? - Clicks Here NOW

My Banner

Saturday, April 17, 2010

Rintihan Suami Tak Terucap

RINTIHAN SUAMI YANG TAK TERUCAP
- Dato' dr mohd fadzillah kamsah-

Paradigma songsang orang perempuan kepada lelaki...

1. Lelaki pendiam dan tak kisah (dah faham sebenarnye)
2. Tak boleh dipercayai sepenuhnya
3. Orang lelaki ego (sebenarnye jage maruah)
4. orang lelaki semua miang
5. Lemah dan mudah tergoda.

RINTIHAN SUAMI YANG TAK TERUCAP
1. Sayangi kami seadanye tanpa syarat.
2. Hormati suami sebagai pemimpin rumahtangga dalam semua hal.
3. Terima suami yang tidak sempurna. (terima dan doakan). Bukan
semua suami serba boleh. Lihat aspek positif.
4. Tolong beri `khidmat' sebelum diminta. Malu nak mintak
khidmat. Ikut resmi si kembang cina.
5. Sukar nak lupa peristiwa lama isteri – menghantui naluri dan
jiwa suami sepanjang hayat.
6. Tolong jangan bangkang cakap suami.
7. Tolong sokong pendirian dan minat suami untuk meningkatkan
esteem.
8. Cuba fahami walaupun perkara yang tak terucap & gerak batin
suami sebaik-baiknya berterus-terang.
9. Jangan perlekeh @ sebut kesilapan suami depan orang lain
kerana akan meleburkan maruah suami.
10. Tegur & ingatkan kami dengan penuh hikmah. (Puji dulu, baru
tegur)
11. Malu nak mintak khidmat kasih-sayang.
12. Marah-marah bukan kerana benci sebab nak lepaskan tension
tapi kerana sayang.
13. Jika suami merajuk, biarkan sendirian, berikan mase untuk
dirinya (isteri buat khidmat yang terbaik) jangan sibuk nak tanye2 &
pujuk2.
14. Suami tak pandai mendengar. Beritahu pada mase yang
munasabah.
15. Suami tak pandai pamer emosi dan perasaan tapi suami sayang.
16. Suara lelaki keras tapi bukan marah.
17. Suami tak pandai memujuk dan minta maaf. Tolong hormati jiwa
suami yang macam mintak maaf.
18. Suami tak tahan kene leter, kerana boleh memendekkan hayat
suami.
19. Suami tak larat menjawab soalan yang bertubi-tubi dan
meleret-leret.
20. Tolong patuh perintah ALLAH tanpa diberitahu.
21. Suami tak suka didesak. Suami jadi lemas, bingung dan boleh
memberontak.
22. Suami tak tegur isteri kecuali kesilapan ekstrem.
23. Suami diam tanpa OK. Suami bersuara kalu bermasalah.
24. Suami tak jawab soalan kalu jawapan dah nyata.
25. Suami melenting sebab stress. Kadangkala bukan sebab salah
isteri.
26. Isteri jangan terlalu cemburu, suami jadi lemas dan serba
salah.
27. Jangan pesan berkali-kali, suami jadi terhina, fed up dan
memberontak.
28. Jangan perjelas apa yang kami dah faham @ ulangi perkara
yang kami dah ingat.
29. Lambat bertindak sebab kami berfikir jangan kate suami tak
kisah atau bertanggungjawab.
30. Acapkali lebihkan ibu bapa sebab nak jadi anak yang soleh.
Tapi suami tak abaikan isteri dan anak-anak.
31. Tolong hormati ibu-bapa suami kalu sayangkan suami.
32. Jangan bandingkan suami dengan lelaki lain.
33. Jangan puji sebarang lelaki depan suami – cemburu & rendah
diri.
34. Doakan suami di dunia di akhirat.

No comments:

Post a Comment